UCAPAN
ALU-ALUAN
YB TAN SRI BERNARD DOMPOK
PRESIDEN
UPKO, SEMPENA
PERSIDANGAN
PERWAKILAN TRITAHUNAN UPKO KALI KE-13
PUSAT
KEBUDAYAAN SABAH, PENAMPANG
24
SEPTEMBER 2011
Mukadimah
Yang Amat
Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan
Pengerusi Barisan Nasional (dan Yang Amat Berbahagia Puan Sri);
Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Haji Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap
Pengerusi Barisan Nasional Sabah (dan YABhg Datin Sri);
Yang Berhormat
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing, Timbalan Presiden Upko dan Datin
Seri;
Ahli-Ahli
Molohingon Upko, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Upko, Pergerakan Wanita, Pemuda dan
Komulakan Upko;
Semua pemimpin
parti komponen Barisan Nasional;
Dif dif jemputan,
tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian.
Selamat pagi,
tabi pisompuruan, salam 1Malaysia.
- It is my pleasure, on behalf of UPKO, to welcome Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, to our 13th congress.
Saya
bagi pihak Upko, dengan segala sukacitanya mengucapkan selamat datang kepada
Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri
merangkap Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan sidang hadirin ke kongres
ke-13 kami ini.
- This is the first time for YAB to be with us and I wish to thank you for the honour of having you in our midst and we look forward to the words of inspiration and wisdom that you may want to leave behind for us today.
Ini
adalah kehadiran pertama Yang Amat Berhormat Tan Sri bersama kami. Terima kasih
kerana sudi meluangkan masa untuk Upko. Kami menanti-nantikan kata-kata hikmah
dan bijaksana daripada Yang Amat Berhormat Tan Sri.
INTERNAL SECURITY ACT (AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI)
- YAB Tan Sri, we are holding this congress at a time when there is excitement abuzz at the recent announcement on the eve, of Malaysia Day, by the Prime Minister on the repeal of the Internal Security Act and a few other ordinances under the Emergency Ordinance.
Yang
Amat Berhormat Tan Sri, kami menganjurkan kongres ini ketika wujud keterujaan
kerana pengumuman oleh Perdana
Menteri sehari sebelum Hari Malaysia mengenai
pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan beberapa ordinan dibawah Ordinan
Kecemasan.
- This is of course a follow through of the present government’ measures in transforming Malaysia. We have already dealt with the Government Transformation Programme and the Economic Transformation Programme and Malaysians generally know the seriousness with which the government has attended to the issues which have hampered our march to join the international world community as a fully developed country.
Sebenarnya,
pengumuman itu adalah tindakan susulan kepada usaha transformasi Malaysia yang
dilaksanakan oleh kerajaan. Kita sudahpun mengadakan Program Transformasi
Kerajaan dan Program Tranformasi Ekonomi. Rakyat Malaysia pada umumnya tahu
betapa seriusnya kerajaan dalam menangani isu-isu yang telah menghambat
perjalanan kita untuk menyertai komuniti dunia antarabangsa menjadi Negara
maju.
- This is the political transformation programme and the government needs to muster all the political will at its disposal knowing fully well that we have quite a wide variety of non-governmental organisations (NGOs) and interest groups who will not shy away from contributing their two cents worth. It is not for nothing that we have been acknowledged by some as the blogging capital of the world!
Ini
adalah program transformasi politik dan kerajaan perlu menggarap seluruh political will memandangkan kita
mempunyai pelbagai badan berkanun bukan kerajaan serta kumpulan berkepentingan
yang tidak akan mahu terlepas daripada memberikan sumbangan dua sen mereka.
Tidak hairanlah mengapa kita diwar-warkan sebagai ibukota blogging di dunia!
- It is our hope that the latest announcement by the Prime Minister will be implemented fully and expeditiously and without having to contend with individuals or interest groups who have a world view that is not only at variance with those of us who want a truly Malaysian nation but may even cause regression in the country.
Kita
berharap pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri itu akan dilaksanakan
sepenuhnya dan secepatnya. Janganlah mengendahkan para individu atau kumpulan
berkepentingan yang mempunyai pandangan dunia yang bukan sahaja berbeza
daripada pandangan kita yang mahu sebuah Negara Malaysia sejati, tetapi mungkin
juga mengakibatkan kemunduran Negara.
- Party members may well remember how I reminded you that we have in the present Prime Minister an able leader who has at the outset of his Prime-ministership captured the imaginations of a nation with the many initiatives he presented to the country. But our concern then was: would the NGOs and every single one of the Barisan Nasinoal component parties fully support him in carrying out his plans?
Mungkin
masih segar dalam ingatan semua ahli Upko bagaimana saya memperingatkan anda
semua bahawa Perdana Menteri kita kini ialah seorang pemimpin berwibawa, yang
awal-awal lagi telah menggemparkan
seluruh Negara dengan pelbagai inistiatif. Tetapi, kebimbangan kita ialah:
apakah badan-badan berkanun bukan kerajaan dan setiap parti komponen Barisan
Nasional menyokong penuh pelaksanaannya?
- Indeed our concern has not been without basis looking now at the public utterances by the zealots when the Federal High Court delivered its verdict on the authority’s ban of the usage of the word Allah by Herald, a Catholic publication. They were supported and abetted by some partisan national dailies which in this country are mainly connected to political parties. Sesungguhnya, kebimbangan kita bukanlah tidak berasas. Malah sudah terbukti melalui kata-kata mereka selepas Mahkamah Tinggi Persekutuan membuat keputusan terhadap kes tegahan oleh pihak berkuasa akan penggunaan istilah Allah oleh Herald, sebuah penerbitan Katolik. Mereka ini pula didorong dan disokong oleh suratkhabar harian kebangsaan yang ada hubungan dengan parti-parti politik.
- So today we want to say in no uncertain terms that we join the Deputy Prime Minister in supporting the Prime Minister in repealing the Internal Security Act.
Justeru,
pada hari ini, kita dengan sebulat suara berdiri teguh bersama Timbalan Perdana
Menteri,
menyokong penuh tindakan Perdana Menteri memansuhkan Akta Keselamatan Dalam
Negeri.
- At the same time we must make it also absolutely clear that any consequential legislation must not water down the effort of the Prime Minister and that talks of merely a rebranding exercise must never be given any credence.
Pada
masa yang sama, kita juga harus memastikan apapun juga undang-undang yang
menyusul nanti mestilah tidak meremehkan usaha Perdana Menteri, sekaligus
menolak dakwaan bahawa ia hanyalah penjenamaan baru bagi peraturan yang sama.
- Let the new legislations go through a Parliamentary Select Committee where all views can be heard in the formulation of the act. In short Upko calls for safeguards that the present initiatives by the government would not be hijacked.
Biarlah
undang-undang baru itu digubal melalui Jawatankuasa Pilihan Parlimen dimana
kesemua pandangan diambil kira. Dalam kata lain, Upko mengesorkan agar
inisiatif kerajaan ini dilindungi agar tidak diculik oleh sesiapa pun.
MEMORANDUM ON MARRIAGE AND RELIGION (MEMORANDUM MENGENAI PERKAHWINAN DAN AGAMA)
- Ladies and gentlemen, It is well to heed the wisdom, and I say that these are real pearls of wisdom from the former Prime Minister of Malaysia as he speaks from the real proverbial hindsight of a Prime Minister who has gone through the challenges of trying to initiate something only to find himself undermined from within and outside the government.
Hadirin
sekalian, Mari belajar daripada kata-kata hikmah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau
bercakap dari pengalaman sebagai seorang Perdana Menteri yang telah melalui
cabaran ketika cuba memulakan sesuatu tetapi dihalang oleh orang-orang dari dalam
dan luar kerajaan.
- He had to this to say: “Saya harap tidak aka nada mereka menentang dalam senyap, seperti gunting dalam lipatan, kerana dasar yang beliau (Perdana Menteri) ingin wujudkan dengan pemansuhan ISA akan membawa manfaat kepada rakyat dan Negara pada jangka masa panjang.”
Beliau
berkata: “Saya harap tidak akan ada diantara mereka menentang dalam senyap,
seperti gunting dalam lipatan, kerana dasar yang beliau (Perdana Menteri) ingin
wujudkan dengan pemansuhan ISA akan membawa manfaat kepada rakyat dan Negara
pada jangka masa panjang.”
- I was one of nine ministers who signed a Memorandum to Tun Abdullah on the need to address issues related to marriage and religion. It was presented to him at the end of a cabinet meeting and was subsequently recorded as having been presented to Government.
Saya
merupakan salah seorang daripada sembilan menteri yang menandatangani memorandum kepada Tun
Abdullah mengenai isu-isu perkahwinan serta agama. Memorandum itu diberikan
kepada beliau dipenghujung Mesyuarat Jemaah Menteri dan telah direkodkan
sebagai sesuatu yang telah disampaikan kepada kerajaan.
- Very soon the contents were splashed in the front page of the New Straits Times and just as soon the signatories were summoned to the Prime Minister’s office where they were told to withdraw the Memorandum.
Dalam
sekelip mata, isi kandungannya telah diterbitkan di muka hadapan akhbar New Straits Times. Tidak lama kemudian,
semua yang menandatanganinya telah dipanggil ke pejabat Perdana Menteri dan
diarah untuk menarik balik Memorandum itu.
- I could not attend the meeting with the Prime Minister but I informed the Cabinet colleague who called to inform me of the meeting that I could not agree to the withdrawal as the points presented were valid and there was nothing wrong in presenting them for consideration.
Saya
tidak dapat hadir ke perjumpaan dengan Perdana Menteri itu, tetapi saya
memberitahu menteri yang menghubungi saya bahawa saya tidak bersetuju menarik balik
tandatangan saya kerana perkara yang kami sampaikan itu berasas, dan bahawa
sesungguhnya, tidak ada salahnya memohon agar ia dipertimbangkan.
- I found it very disappointing that proposals sent in the form of a memorandum could meet with such strong objections. Indeed I was left to think that it was perhaps not so much the contents that generated such immense and almost violent objections, but more at the ‘temerity’ of a group of ministers for presenting the memorandum. Obviously there were people from withing and outside government who were not happy with the Ministers’ initiatives.
Saya
merasa sangat kecewa kerana cadangan yang disampaikan dalam bentuk memorandum itu
menerima tentangan yang begitu hebat. Terlintas difikiran saya bahawa
tentangan hebat dan ganas itu bukanlah kerana intipati memorandum semata-mata,
tetapi lebih kerana sekumpulan menteri berani menyampaikannya. Jelas ada
orang-orang didalam dan diluar kerajaan yang tidak gembira dengan inisiatif
para menteri.
- Upko members I am sure will want the Prime Minister and the Government to remain steadfast in the execution of this new initiative and to heed the advice and observations of his predecessors in office. We cannot go wrong. Both former Prime Ministers are in support and this unison does not happen very often!!
Saya
percaya ahli-ahli Upko mahu Perdana Menteri dan Kerajaan berdiri teguh melaksanakan
inisiatif baru ini, serta mendengar nasihat dan pemerhatian mantan Perdana
Menteri yang terdahulu. Kita tidak mungkin salah. Kedua-dua mantan Perdana
Menteri telah memberikan sokongan. Dan persetujuan seperti itu bukanlah sesuatu
yang kerap berlaku!!
- Party members know that the leadership of this party has not been idle in pursuing the wishes of the members as articulated during debates in our conventions and congresses.
Ahli
Upko tahu, kepimpinan tertinggi parti ini tidak pernah lalai daripada memikul tanggungjawab
perjuangan sesuai dengan kehendak ahli-ahli seperti yang diutarakan dalam semua
konvensyen dan kongres kami.
KADAZANDUSUN IN SCHOOL (BAHASA KADAZANDUSUN DI SEKOLAH)
- We have asked, for example, for the Kadazandusun language to be taught in school and it is now a subject for the Sijil Pelajaran Malaysia examination. The language is also now offered as a minor in degree courses at the Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak and in Sabah there is preparation for the language to be taken as a specialisation subject so that there will be sufficient teachers to teach the subject in school.
Kita
telah meminta, contohnya, agar Bahasa Kadazandusun diajarkan di sekolah dan
kini ia adalah matapelajaran untuk peperikaan Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa
ini juga ditawarkan sebagai minor dalam kursus ijazah di Universiti Pendidikan
Sultan Idris di Perak. Manakala di Sabah persediaan sedang dilakukan agar
bahasa ini diambil sebagai matapelajaran ikhtisas supaya kelak akan ada tenaga pengajar yang cukup.
- There is still much to be done but I must thank the Ministry of Education for the keen interest shown in this Borneon language. Indeed the officers involved in the language have had discussions with me and I am glad that they have been very cooperative. Upko will never rest until this mother tongue of ours is taught on par with other languages in our institutions of higher learning.
Masih
banyak yang perlu dilakukan, tetapi saya mesti berterima kasih kepada
Kementerian Pelajaran kerana minat mendalam yang ditunjukkan terhadap bahasa
Borneo ini. Sesungguhnya, para pegawai yang terlibat telah mengadakan beberapa
perbincangan dengan saya, dan saya gembira kerana mereka memberikan kerjasama
yang sangat baik. Upko tidak akan berhenti berjuang selagi bahasa ibunda kita
ini diajarkan sama taraf dengan bahasa lain di institusi-institusi pengajian
tinggi.
MISSION SCHOOLS (SEKOLAH MUBALIGH)
- Ladies and gentlemen, Through the Cabinet Committee on Sabah and Sarawak Bumiputras and in the Cabinet itself, the Government has examined the proposals by the Confederation of Mission Schools. I have personally chaired a meeting of the Confederation and officials from the Ministry of Education and I am happy that there has been some very positive outcome.
Sidang
hadirin sekalian, Melalui Jawatankuasa Kabinet mengenai Bumiputera Sabah dan
Sarawak, serta Mesyuarat Jemaah Menteri, kerajaan telah mengkaji
cadangan-cadangan oleh Persekutuan Sekolah-Sekolah Mubaligh. Saya secara
peribadi telah mempengerusikan satu mesyuarat Persekutuan ini dengan para
pegawai daripada Kementerian Pelajaran dan saya gembira kerana sudah ada hasil
yang sangat positif.
- The subject of Bible Knowledge is one of the subjects which can be offered at the SPM examinations. Circulars have been issued to the effect that government schools can be used for the teaching of the subject outside normal school hours.
Matapelajaran
Bible Knowledge adalah antara subjek yang ditawarkan di peperiksaan SPM. Surat
Pekeliling telah dikeluarkan yang menggariskan bahawa sekolah kerajaan boleh
digunakan untuk pengajaran matapelajaran ini diluar masa pembelajaran biasa.
- Mission Schools Boards are given a quota of 10 percent of student intake where the Boards can have discretion on the choice of the students to be enrolled to Year One or Form One to mission schools under their jurisdiction.
Lembaga
Sekolah Mubaligh telah diberikan kuota sebanyak 10 peratus yakni bilangan murid
yang mereka boleh pilih dan ambil untuk dimasukan ke Tahun Satu atau Tingkatan
Satu di sekolah mubaligh dibawah bidang kuasa mereka.
- I am also delighted to note that the setting up of non-Muslim association in government and government aided schools now need only the approval from the headmaster or principal.
Saya
juga gembira melihat pekeliling yang menyatakan penubuhan pertubuhan bukan
Islam di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan kini hanya memerlukan
kelulusan daripada guru besar atau pengetua sekolah.
- These are some of the issues which have been brought to us by concerned individuals and organisations, not just the bumiputra minorities of Malaysia but also Malaysians of all ethnicities.
Semua ini adalah sebahagian daripada
isu-isu yang disampaikan kepada kami oleh individu serta organisasi tertentu,
yang mewakili bukan sahaja bumiputera minoriti Malaysia tetapi masyarakat
Malaysia daripada pelbagai suku kaum.
ORANG ASLI
- Ladies and gentlemen, I would like to say something about the plight of the Orang Asli in Semenanjung Malaysia. Lately they have articulated for a better way of addressing their issues and I do sympathise with them.
Sidang hadirin sekalian, Saya mohon
menyatakan sesuatu mengenai masalah yang dihadapi oleh Orang Asli di
Semenanjung Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, mereka mahu cara yang lebih baik
untuk menangani isu-isu mereka. Saya cukup simpati dengan mereka.
- They have almost the same issues as the orang asal of Sabah and Sarawak and I can therefore understand why some of them have chosen to be with us in UPKO.
Mereka mempunyai isu-isu yang hampir
sama dengan isu Anak Negeri Sabah dan Sarawak, dan oleh sebab itu, saya faham
mengapa sebahagian daripada mereka telah memilih untuk menyertai kami dalam
Upko.
- There is a request from them for the Orang Asli department to be dismantled and that they be involved more in their affairs. They have asked for more participation in the formulation of land policies for example.
Mereka mahu jabatan Orang Asli
dibubarkan, dan agar mereka diberikan peluang untuk lebih terlibat dalam hal
ehwal mereka sendiri. Mereka mahu penglibatan yang lebih baik, contohnya, dalam
penggubalan polisi tanah.
- While the government has done something through the Orang Asli Department, perhaps we are measuring the achievements through our own value judgments. If they are not happy it is not wrong for us to take another look at the way the Orang Asli issues are addressed.
Walaupun kerajaan telah melakukan
beberapa perkara melalui Jabatan Orang Asli, mungkin kita telah mengukur
pencapaiannya menggunakan sukatan nilai kita sendiri. Seandainya Orang Asli
tidak puas hati, tidak salah kalau kita melihat kembali cara kita menangani
apapun juga isu-isu yang melibatkan mereka.
OIL AND GAS (GAS
DAN MINYAK)
- I have to inform members that there are still many issues which we have articulated which are still in the back burner. There are some in which decision has been arrived at but there are hitches in the implementation. Saya mesti memberitahu semua ahli bahawa masih banyak isu yang telah kita utarakan tetapi masih belum menerima apa-apa tindakan. Ada juga yang sudahpun diputuskan tetapi terdapat masalah dalam pelaksanaannya.
- One of them is related to the oil and gas industry in Sabah. All of you I am sure would recall that soon after the 2008 elections the then Prime Minister came to Sabah and Sarawak to find for himself what the real problems and issues were as there has been a deluge of criticisms from even members of Parliament of the BN component parties. He discussed with the component party leaders what issues they wanted addressed.
Salah
satu daripadanya ialah industri gas dan minyak di Sabah. Saya percaya anda
semua masih ingat bahawa sejurus selepas pilihanraya umum 2008, Perdana Menteri
ketika itu telah datang ke Sabah dan Sarawak untuk mengetahui sendiri masalah
dan isu-isu sebenar kerana terdapat begitu banyak kritikan termasuk daripada
Ahli Parlimen komponen parti BN sendiri. Beliau berbincang dengan para pemimpin
komponen parti apakah isu-isu yang mereka mahu beliau tangani.
- UPKO was represented in the meeting by the Deputy President, Secretary General and myself. We discussed with Prime minister a wide range of issues which could be a speech it itself. But a lot of fruitful exchange of views took place.
Setiausaha
Agung, Timbalan Presiden dan saya sendiri telah mewakili Upko. Kami berbincang
dengan panjang lebar bersama Perdana
Menteri mengenai isu yang skopnya sangat
luas dan banyak pertukaran pendapat yang baik berlaku.
- One of our suggestions was on the proposed pipeline by Petronas from Kimanis to Bintulu in Sarawak should not be constructed but instead reroute the pipeline to the East Coast of Sabah to supply fuel for power generation as the State government had rejected the proposal to build a coal fired power generation plant. I followed this up in subsequent cabinet meetings.
Salah
satu cadangan kami ialah agar pembinaan paip gas oleh Petronas dari Kimanis ke
Bintulu, Sarawak tidak dilaksanakan, sebaliknya ditukar arah ke Pantai Timur
Sabah untuk membekalkan gas bagi menjana kuasa kerana Kerajaan Negeri telah
menolak rancangan untuk membina kilang arang batu disana. Saya kemudiannya
mengangkat perkara ini dibeberapa mesyuarat kabinet.
- On the 31st May 2008, the then Prime Minister announced the cancellation of the pipeline project and so I thought the voices of Sabah has been heard on this particular matter.
Pada
31 Mei 2008, Perdana Menteri ketika itu mengumumkan pembatalan projek paip gas
itu. Saya fikir ketika itu suara Sabah telah
diendahkan dalam hal ini.
- Little did I know that Petronas was just as determined to proceed and I protested in cabinet in successive meetings until finally the cabinet decided unequivocally that in settlement, the pipeline would continue but no gas will flow down the pipeline if Sabah’s industries need it.
Rupa-rupanya,
Petronas pun bermati-matian mahu meneruskan projek itu. Saya memprotes hal itu dalam beberapa
mesyuarat kabinet dan akhirnya, kabinet sebulat suara bersetuju dengan
penyelesaian, yakni, pembinaan gas paip akan diteruskan tetapi tiada gas akan
disalurkan sekiranya industri di Sabah memerlukannya.
- I asked for a guarantee that the decision would not again be overturned and Cabinet agreed that a letter of commitment will be issued to the State Government of Sabah.
Saya
meminta jaminan supaya keputusan itu tidak lagi diengkari, dan Kabinet
bersetuju agar surat komitmen diberikan kepada Kerajaan Negeri Sabah.
- I have agreed to this settlement knowing that the pipeline would be redundant since I believe that industries in Sabah would be able to utilise all the gas landing in Kimanis.
Saya
telah bersetuju dengan penyelesaian itu sebab saya tahu gas paip itu tidak akan
digunakan kerana saya percaya industri di Sabah akan menggunakan keseluruhan
gas di depot Kimanis.
- Until today, I understand that no such letter of undertaking was ever issued. To add insult to injury there were statements made by Petronas officials in Sabah lately that Petronas would only export 500mmscfd from Sabah.
Sehingga
hari ini, saya telah difahamkan belum ada surat jaminan dikeluarkan. Yang lebih
menyakitkan lagi, para pegawai Petronas di Sabah membuat kenyataan akhir-akhir
ini bahawa mereka hanya akan mengeksport 500mmscfd dari Sabah.
- I understand that the initial volume of gas from the wells for the first few years would not exceed this amount. If this is the case, then there is hardly any feedstock for those industrialists who are proposing investments in Sabah. All the grand plans by the State Government in Sipitang would never get off the ground.
Saya
juga difahamkan jumlah gas daripada telaga Petronas pada peringkat permulaan
tidak akan melebihi jumlah
ini. Sekiranya ini betul, ini bermakna tidak akan ada bekalan untuk usahawan
industri berkenaan yang mahu melabur di Sabah. Semua rancangan mega oleh
Kerajaan Negeri di Sipitang tidak akan dapat dilaksanakan.
- YAB Tan Sri, ladies and gentlemen, I have been subjected to ridicule by those who do not wish the Barisan Nasional well either in the mainstream news media or in cyberspace.
Yang
Amat Berhomat Tan Sri, tuan-tuan dan puan-puan, saya telah menjadi sasaran
ejekan sama ada di suratkhabar atau internet oleh mereka yang tidak mahu
melihat Barisan Nasional berjaya.
- I would like members to know that we are not going to run away from this issue. Let me say today that I have not lost hope on this matter. I am determined to pursue this and take fully personal responsibility.
Saya
mahu ahli-ahli Upko tahu, bahawa kita tidak akan sekali-kali berganjak daripada
isu ini. Saya ingin menegaskan hari ini, bahawa saya belum berputus asa
mengenai perkara ini. Saya bertekad untuk terus mengejar, dan akan secara
peribadi bertanggungjawab sepenuhnya.
ROYAL COMMISSION OF INQUIRY (SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA)
- Over the last few years our party conventions and congresses have debated the sticky issue of illegal immigration in Sabah. Delegates were astounded on the population increase which Sabah has experienced.
Beberapa
tahun kebelakangan ini, kongres dan konvensyen kita telah membahaskan isu
sensitif yakni berkaitan pendatang tanpa izin di Sabah. Para perwakilan
terpegun dengan pertambahan penduduk yang berlaku.
44. In 1960 it was said that the total
population in Sabah was 454,561 of which 42 percent were Kadazandusuns.
Pada tahun 1960, dinyatakan jumlah
keseluruhan penduduk Sabah ialah 454,561 dimana 42 peratus daripadanya adalah
suku kaum Kadazandusun.
45. In 1970, Sabah had 653,604 populations
while Sarawak’s was 976,269 people. Ten years later in 1980, Sabah population
was 1,307,582 people while Sarawak had 1,515,536 people. In 1991, all of a
sudden, Sabah with 1,736,902 population overtook Sarawak’s 1,648,217.
Pada tahun 1970, Sabah mempunyai
653,604 penduduk berbanding 976,269 rakyat Malaysia di Sarawak. Sepuluh tahun
kemudian pada 1980, penduduk Sabah berjumlah 1,307,582 manakala Sarawak
1,515,536 penduduk. Pada 1991, tiba-tiba Sabah dengan 1,736,902 penduduk telah
mengatasi jumlah penduduk Sarawak yang hanya mempunyai 1,648,217 orang.
46. The puzzling trend continued in 2000
when a census put Sabah population at 2,449,389 while Sarawak only 2,012,616.
In 2005, we in the Land Below the Wind was said to have 3,313,000 fellow
Sabahans where as Sarawak was still at the two million bracket with 2,340,000
people.
Kecenderungan penuh teka-teki ini
berterusan pada tahun 2000 bila bancian ketika itu meletakan penduduk Sabah
sejumlah 2,449,389 manakala Sarawak 2,012,616. Pada tahun 2005, kita di Negeri
di Bawah Bayu dikatakan mempunyai 3,313,000 penduduk manakala Sarawak masih
dalam lingkungan dua juta dengan 2,340,000.
47. A simple arithmetic showed that the
Sabah population increased about 285 percent in 30 years while Sarawak was only
about 108 percent. In 2005, Sabah has
the highest population growth rate in the country at 3.1 percent as compared to
the national average of 2.3 percent.
Perkiraan matematik ringkas menunjukan
penduduk Sabah bertambah sebanyak 285 peratus dalam 30 tahun manakala di
Sarawak pertumbuhan penduduk hanyalah 108 peratus. Pada tahun 2005, Sabah mencatat
peratusan pertumbuhan penduduk paling tinggi dalam Negara yakni 3.1 peratus
berbanding purata kebangsaan yang hanya berjumlah 2.3 peratus.
48. There were about 168,000 Kadazandusun
population in 1960, which is about the same with the other Bumiputeras in
Sabah. But in 2000, the Kadazandusun population increased to only about 560,000
while the other Bumiputras had grown to 1.1 million.
Pada tahun 1960, data menunjukan
terdapat 168,000 Kadazandusun, yakni hampir sama dengan jumlah Bumiputera lain
di Sabah. Tetapi, pada tahun 2000, sukukaum Kadazandusun hanya berjumlah
560,000 manakala Bumiputera lain telah bertambah menjadi 1.1juta.
- This is the data available to us, the accuracy of which may need to be verified. The National Registration Department was not able to furnish the Parliamentary Select Committee on Integrity with the data in 2007. And the general perception, even now is, the authorities do not know how many Malaysians are there in Sabah.
Itulah
antara data yang kami perolehi, dan ketepatannya perlu diperiksa. Jabatan
Pendaftaran Negara tidak dapat memberikan data penduduk kepada Jawatankuasa
Pilihan Parlimen mengenai Integriti pada 2007. Dan sehingga saat ini
pun, persepsi awam ialah pihak berkuasa tidak tahu berapakah sebenarnya jumlah
rakyat Malaysia di Sabah.
- A better indicator of the population movement could perhaps be the general elections. In terms of constituencies, in the first Sabah State General Election in 1967, out of 32 seats, USNO won 14, Upko took 12, Perikatan won three, SCA bagged two and Independent took one.
Mungkin
indikator yang lebih baik mengenai pertambahan penduduk ialah pilihanraya umum.
Dari segi kawasan, dalam PRU Negeri Sabah yang pertama pada 1967, daripada 32
kerusi, Usno menang 14, Upko menang 12, Perikatan mendapat tiga, SCA dua dan
Bebas satu kerusi.
- The number of seats were increased over the years and but were proportionate with the ethnic composition. Thus the 48 seats in the 80s saw 18 non-Muslim Bumiputera areas, 16 for Muslim Bumiputeras, eight for Chinese and six were mixed areas.
Jumlah
kerusi bertambah ditahun-tahun seterusnya tetapi masih bersesuaian dengan
komposisi kaum. Justeru 48 kerusi pada tahun 80an, Bumiputra bukan Islam
dominan di 18 kerusi, Bumiputera Islam di 16 kawasan, lapan kerusi untuk Cina
dan enam lagi kawasan campuran.
- However, in the post 1990 redelineation of electoral boundaries, of the 48 seats, a new configuration emerged, with Muslim Bumiputera majority in 27 areas, non-Muslim Bumiputera in only 11 seats, while Chinese reduced marginally to seven and mixed areas three.
Walau
bagaimanapun, selepas, persempadanan semula pada tahun 90an, satu konfigurasi
baru timbul di 48 kawasan itu, dengan majoriti Bumiputera Islam di 27 kerusi,
Bumiputera bukan Islam hanya dalam 11 kawasan, Cina dikurangkan satu menjadi
tujuh dan kawasan campuran tiga.
- That was why, in the 2008 General Elections for 60 Sabah State seats, Umno contested and won in all 32 seats, PBS (12), LDP (3), MCA (1) PBRS (1), and Upko (6). The then BN component party SAPP won four while one seat went to a DAP.
Justeru,
dalam PRU 2008 untuk 60 kerusi Dewan Undangan Negeri, Umno bertanding dan
menang di kesemua 32 kawasan, PBS (12), LDP (3), MCA (1), PBRS (1) dan Upko
(6). SAPP yakni parti komponen BN ketika itu menang empat dan DAP satu kerusi.
- On reflection, may be that is the reason why the then Prime Minister Tun Mahathir Mohamed made a commitment some years ago that in the true spirit of the Barisan Nasional coalition, Umno will not contest in more than 50 percent of the number of seats in any General Election. Perhaps the Barisan Nasional should take this into account when the the time comes to discuss the seat allocation, especially in respect of the seats formerly held by former component members of the Barisan Nasional.
Bila
dilihat kembali, mungkin itulah sebabnya mengapa mantan Perdana Menteri,
Yang Amat Berhormat Tun Mahathir Mohamad memberikan komitmen beberapa tahun
lalu bahawa sesuai dengan semangat jitu gagasan Barisan Nasional, Umno tidak
akan bertanding lebih daripada 50 peratus jumlah kerusi dalam mana-mana
Pilihanraya Umum. Mungkin Barisan Nasional boleh mengambil kira perkara ini
bila sampai masanya untuk berbincang
pengagihan kerusi, terutama sekali kawasan yang dahulunya dimenangi oleh bekas
komponen parti BN.
- Yang Amat Berhormat Tan Sri, ladies and gentlemen, we have called for a Royal Commission of Inquiry as we feel that such a commission would be the only way for this very controversial issue to addressed and put to rest.
Yang
Amat Berhormat Tan Sri, para hadirin sekalian, kita mahu Suruhanjaya Siasatan
Diraja ditubuhkan kerana kita yakin suruhanjaya sedemikian sahajalah yang boleh
menangani dan menyelesaikan secara tuntas isu yang penuh kontroversi ini.
- There have been so many allegations and innuendoes coming up over the years. Indeed I have heard some of it during the hearings conducted by the ill-fated Parliamentary Select Committee on Integrity which I chaired.
Sudah
terlalu banyak dakwaan dan andaian yang tercetus sejak sekian lama. Malah, saya
mendengar sebahagian daripadanya semasa pendengaran yang diadakan oleh
Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Integriti yang saya pengerusikan.
- Sometime last year a very high profile case of a purportedly Malaysian citizen surfaced. The man has been crowned the Sultan of Sulu. There was a hue and cry and today the case is no longer in the public domain. Is it true that he was actually never a Malaysian?
Tahun
lalu, timbul sebuah kes berprofil tinggi yang melibatkan seorang yang kononnya
adalah warganegara Malaysia. Orang itu telah ditabalkan menjadi Sultan Sulu. Ia
membangkitkan pelbagai reaksi dan riuh rendah, tetapi kini kes itu tidak lagi
menjadi sebutan ramai. Apakah betul dia itu tidak pernah menjadi rakyat
Malaysia?
- This one case illustrates how serious the problem of illegal immigration is. How can Malaysians feel secure when neighbours can easily walk in, become a citizen almost overnight, and probably a Bumiputera at that, become a member of a political party and rub shoulders with the political elite. It raises the question of sovereignty and national security. We seem to have taken it rather lightly.
Kes
ini memperlihatkan betapa seriusnya masalah pendatang asing tanpa izin ini.
Bagaimana mungkin rakyat Malaysia boleh merasa selamat bila jiran-jiran boleh
dengan begitu senang memasuki Negara ini, dalam sekelip mata sahaja menjadi
warganegara, malah mungkin berstatus Bumiputera, menjadi ahli parti politik dan
bergaul dengan golongan kenamaan? Ia membangkitkan persoalan ancaman kepada
keselamatan dan kedaulatan Negara. Kita seolah-olah telah mengambil sikap
sambil lewa mengenai perkara ini.
- It has caused so much dissatisfaction in Sabah and the suspicions emanating from the issue has cast serious doubts on the integrity of the system. What actually went wrong? What exactly is the magnitude of the problem? What should the remedies be? I was hoping that the proposed commission would be able to shed some light into these questions.
Perkara
ini telah menyebabkan begitu banyak rasa tidak puas hati di Sabah, dan sangkaan
yang timbul daripada isu ini mencetuskan keraguan serius terhadap keutuhan
sistem pemerintahan negara. Apakah sebenarnya yang berlaku? Berapa besarkah
sebenarnya masalah ini? Apakah penyelesaian yang sepatutnya? Saya mengharapkan
suruhanjaya yang dicadangkan itu akan mampu memberikan serba sedikit jawaban
kepada soalan-soalan tersebut.
- In view of all these happenings, I reiterate the calls we made for a Royal Commission of Inquiry. I am convinced of the necessity. Since I have taken this up through all the proper channels, by bringing it up for discussion in Cabinet, Pengurusan BN meetings and meetings of the Dewan Tertinggi, I wish to report to this congress that there has not been any decision by the Cabinet yet and that it has not been rejected.
Berlandaskan
semua kejadian itu, saya mengulangi gesaan Upko agar Suruhanjaya Pilihan Diraja
ditubuhkan. Saya yakin dengan keperluan ini. Oleh kerana saya sudah mengangkat
perkara ini melalui saluran yang betul, dengan membangkitkannya untuk
perbincangan dalam Kabinet, mesyuarat Pengurusan BN dan Dewan Tertinggi, saya
mohon melaporkan dalam kongres ini bahawa belum ada apa-apa keputusan Kabinet
yang dibuat dan cadangan kita ini belum lagi ditolak.
- I know that the Minister of Home Affairs has made some pronouncement on this but it is not a cabinet decision. Again on this particular issue, I am accountable to the party, and I take full personal responsibility.
Saya
tahu, Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai perkara
ini, namun itu bukanlah keputusan Kabinet. Dalam perkara ini, saya
bertanggungjawab kepada parti, dan saya pikul tugasan ini selaku Presiden Upko.
RELIGIOUS FREEDOM (KEBEBASAN BERAGAMA)
- Ladies and gentlemen, during the previous congresses, we have debated the issue relating to religion and the plight of some of the people caught in religious controversies.
Hadirin sekalian, dalam
kongres-kongres sebelum ini, kita telah membahaskan isu berkaitan agama dan
masalah orang-orang yang terperangkap dalam kemelut keagamaan.
- I know of a family which cannot get a birth certificate for their children because the wife is a Christian while the husband is deemed by the authorities to be a Muslim because of the entry in his identity card.
Saya kenal sebuah keluarga yang
belum mendapatkan sijil kelahiran bagi anak mereka kerana si isteri seorang
Kristian, manakala dalam pandangan pihak berkuasa, si suami seorang Islam
berlandaskan data dalam kad pengenalan
beliau.
- The husband contends that he never converted to Islam and was baptised a Christian and married in Church. The National Registration Department does not recognise this marriage and in fact advised the couple that the only way for the children to obtain birth certificate is for the wife to declare that the children were born out of wedlock.
Si suami mengatakan dia tidak pernah
memeluk Islam, dan beliau dibaptis menjadi Kristian dan berkahwin di Gereja.
Jabatan Pendaftaran Negara tidak mengiktiraf perkahwinan mereka, malah
menasihatkan pasangan itu bahawa satu-satunya cara untuk mendapatkan sijil
kelahiran anak mereka ialah, si isteri perlu mewartakan bahawa cahaya mata itu
adalah anak luar nikah.
- This problem did not exist during the colonial era. We opted for independence to form a nation called Malaysia and the expectation must be that independence brings with it the promise of happiness and the gift of freedom. Never in our worst nightmare would we have seen the spectacle of a family having to declare the beloved child of a blessed union an illegitimate son.
Masalah ini tidak pernah wujud dalam
era penjajahan. Kita memilih untuk merdeka dan membentuk sebuah Negara yang
dipanggil Malaysia, dan pengharapan kita ialah kemerdekaan akan menjanjikan
kebahagiaan dan kebebasan. Dalam igauan paling ngeri sekalipun, kita tidak
pernah membayangkan sebuah keluarga terpaksa mewartakan anak kesayangan hasil
ikatan suci perkahwinan mereka sebagai anak luar nikah.
- I call today for us to return to spirit of the formation of this great country. Religion is a personal choice and therefore a matter between Man and his God. Let us allow Malaysians that freedom to profess the religion of their choice. By so doing we would have removed the major obstacle to unity within our multiracial society.
Hari ini saya menghimbau agar kita
menghidupi kembali semangat pembentukan Negara kita. Agama adalah pilihan
peribadi dan oleh kerana itu ia adalah hal diantara Manusia dan Tuhannya. Mari
membiarkan rakyat Malaysia dengan kebebasan untuk menganuti agama yang mereka
pilih sendiri. Dengan berbuat demikian, kita akan membuka halangan utama kepada
perpaduan jitu dikalangan masyarakat kita yang berbilang kaum.
A NEW MALAYSIA (MALAYSIA
BARU)
- Yesterday, YAB Perdana Menteri repeated his commitment to the transformation of the nation. He said that we as a political party must not be afraid to be in the frontline to handle change after change and that the Barisan Nasional as a whole must be seen to be leading national renewal and not the opposition. Nothing can be further from the truth!
Kelmarin, YAB Perdana Menteri
mengulangi komitmen beliau terhadap proses transformasi Negara. Beliau berkata,
kita sebagai sebuah parti politik haruslah tidak takut berada dibarisan hadapan
untuk menangani perubahan demi perubahan, dan bahawa sahnya Barisan Nasional secara
keseluruhan mestilah kelihatan mempelopori perubahan nasional. Sebenarnya,
transformasi Negara bukanlah agenda milik pembangkang!
- In fact a lot of the issues that the opposition have picked up have come from the lips of leaders and members of component parties of the Barisan Nasional. As always opposition parties have somehow managed to repack them to make it look as if the product had always been theirs!
Sesungguhnya banyak isu-isu yang
kononnya diperjuangkan oleh pembangkang bermula daripada inisiatif ahli dan
pemimpin komponen parti Barisan Nasional. Kebiasaannya, parti pembangkang
mengubahsuai sesuatu dan berbuat seolah-olah isu itu milik mereka!
- I see also leadership in another context. It is perfectly legitimate for an enlightened government to engage with the opposition in addressing issues of urgent national importance or concern.
Saya juga melihat kepimpinan dalam
konteks yang lain. Adalah sesuatu yang wajar bagi sesebuah kerajaan untuk
berinteraksi dengan pembangkang dalam usaha menyelesaikan isu-isu Negara yang
penting dan mendesak.
- The Conservative-Liberal Coalition in the United Kingdom and the opposition Labour Party together in unison addressed the recent spate of rioting in the Kingdom and I think they succeeded in showing that unbridled partisanship is not always the way forward in politics.
Gabungan Conservative-Liberal di
United Kingdom dan parti pembangkang Labour Party berganding bahu menangani
beberapa siri rusuhan di Negara itu baru-baru ini, dan saya fikir mereka
berjaya memperlihatkan bahawa perjuangan politik yang hanya berfokus kepada
agenda masing-masing tidak seharusnya selalu betul.
- Sometimes success can be limited as shown in The United States where President Barack Obama has not fully secured the backing of the Republicans for his policies. But the move to engage and consult was there.
Kadang kala kejayaan agak terbatas
sebagaimana yang terjadi di Amerika Syarikat dimana Presiden Barack Obama belum
mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak Republicans untuk beberapa
polisinya. Tetapi usaha untuk bersemuka dan berbincang, wujud.
- There must be times that you must agree to disagree but politics should not be a Zero Sum game. I know that in Malaysia we still have some distance to cover on the road to full political maturity but this is the Blue Ocean that the Government must take advantage of and take the moral high ground.
Masanya akan tiba bila anda mesti
bersetuju untuk tidak bersetuju, tetapi politik bukanlah permainan kalah mati.
Saya tahu di Malaysia perjalanan kita masih jauh menuju era politik yang
matang, tetapi inilah Lautan Biru, kesempatan yang Kerajaan perlu ambil agar ia
boleh berdiri ditahap yang lebih tinggi.
- Let us invite the Opposition for instance to take part in the formulation of post ISA consequential legislation. We can set up a Parliamentary Select Committee, with Opposition members on board, on these new proposed legislations to counter terrorism. Heed Tun Mahathir's advice in the case of Mat Sabu's recent charges in court.
Mungkin kita boleh menjemput
pembangkang untuk turut serta dalam pembentukan undang-undang susulan kepada
ISA yang dimansuhkan itu. Kita boleh menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen,
bersama wakil pembangkang, untuk menggubal undang-undang anti-pengganas.
Dengar-dengarkanlah nasihat Tun Mahathir dalam kes dakwaan Mat Sabu di mahkamah
baru-baru ini.
- At the end of the day we must remember that the new Malaysia is here to stay and we can only ignore that fact to our detriment.
Apa yang penting, kita mesti ingat
bahawa Malaysia yang baru akan kekal wujud dan seandainya kita tidak
mengendahkan perkara ini, kita sendiri yang akan rugi.
CONCLUSION (KESIMPULAN)
- YAB, that is why I have been reminding Upko members over the years that we are here in politics in order to contribute to the governance and development of this country. That is why we have allowed our members to tackle all the difficult issues even at the risk of being branded 'opposition'.
Yang Amat Berhormat Tan Sri, itulah
sebabnya selama ini saya sering mengingatkan ahli-ahli Upko, bahawa kita berada
dalam politik untuk memberikan sumbangan kepada pentadbiran dan pembangunan
Negara. Itulah sebabnya kami mengizinkan ahli-ahli kami menangani isu-isu rumit
walaupun berhadapan risiko dilabel sebagai ‘pembangkang’.
- It is on the floor of this congress and the meetings at the divisional and branch level that each and every member can contribute to the formulation of good policies for the country. Even if you are not a wakil rakyat, you can be heard and I therefore expect delegates to contribute their piece and say their best at this congress.
Kongres inilah, dan mesyuarat di
peringkat cawangan serta bahagian yang menjadi forum bagi setiap ahli untuk
memberikan sumbangan kepada penggubalan dasar-dasar terbaik bagi Negara. Walaupun
anda bukan Wakil Rakyat, anda didengar. Justeru, saya mengharapkan para
perwakilan menyumbangkan pandangan yang paling unggul dalam kongres ini.
- Our members of Parliament and State assemblymen are ready to take up all worthy issues. Our representatives in both the Federal and State governments are there for you. We are ready to confront even the most difficult of issues.
Wakil Upko dalam Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri senantiasa
bersiap sedia mengangkat isu-isu yang wajar. Wakil-wakil kita di Kerajaan
Persekutuan dan Negeri pun selalu siap berbakti. Kami bersedia memperjuangkan
isu yang paling rumit sekalipun.
- That is why today, I gave the commitment to pursue all the outstanding issues which I mentioned today. As President of this party I feel it is incumbent upon me to take full responsibility when the voices of the people and the party members are not heard. That is the measure of my commitment to our cause.
Itulah sebabnya, hari ini, saya
memberi jaminan akan mencari
penyelesaian kepada semua isu-isu ini sehabis-habisnya. Sebagai Presiden
parti, saya sedar andai usaha kita gagal, sayalah yang bertanggungjawab. Inilah
perjuangan saya.
Selamat Berjuang! Terima kasih! Kounsikou
0 comments:
Post a Comment