HERE WITH YOU
FOKUS BERANI IKHLAS



Tuesday, 26 February 2013

FOKUS BERANI IKHLAS



SETELAH aktif dalam politik selama 13 tahun, langkah diri ini semakin longlai. Tapi perjalanan perlu diteruskan, meski di balik tabir, di luar garisan. Justeru, bila kata-kata berikut dilafazkan oleh Presiden Upko, seolah-olah semangat bangkit semula. FOKUS BERANI IKHLAS. Yang paling susah ialah IKHLAS. Mungkin itu yang menyebabkan "air mata keinsafan" itu begitu menusuk kalbu... kihoiiiii

DOMPOK: "Baik buruknya hari esok rumpun Pasokmomogun terletak dalam tangan kita. Upko sudah terbukti berjaya dalam perjuangan selama ini. Upko ada fokus, mahu menggapai matlamat masyarakat kita. Keberanian kita sudah terserlah, dan hari-hari mendatang bakal melihat sunduan kita sudah pulih dan mampu mencecah langit. Lima puluh tahun akan datang, kita akan tersenyum di mana pun jua kita berada kerana rumpun Pasokmomogun akan melihat semua ini menjadi kenyataan kerana keikhlasan yang bersalutkan doa dan air mata keinsafan."

UCAPTAMA
PRESIDEN UPKO, TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK
SEMPENA KONVENSYEN NASIONAL UPKO 2013
10.00PAGI, 23 FEBRUARI 2013, DEWAN MASYARAKAT MENGGATAL


Ahli-ahli Majlis Tertinggi UPKO,
Ahli-ahli Majlis Molohingon UPKO,
Naib-Naib Presiden UPKO,
Exco-Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Komulakan UPKO,
Pimpinan UPKO Bahagian,
Ahli-ahli dan para penyokong UPKO sekalian,

Kopivosian. Salam 1 Malaysia dan selamat pagi.
  1. Tahun ini, kita akan merayakan Jubli Emas negara kita, Malaysia. Ia satu peluang keemasan untuk kita menoleh ke belakang, melihat pertumbuhan negara bangsa kita dalam separuh abad ini, menghayati serta menghargai segala pencapaian dan menentukan halatuju masa hadapan kita. Kita mesti bertanya, apakah aspek yang belum mencapai potensi yang sewajarnya, dan apakah perkara baru yang kita mahu untuk 50 tahun akan datang.
  2. Sekali imbas, rumpun Pasokmomogun pimpinan Tun Fuad Stephens bangkit berdiri melaungkan aspirasi Sabah untuk merdeka dan menubuhkan Kerajaan sendiri diawal 60an. Gandingan jitu Tun Fuad dengan G S Sundang, Peter Mojuntin, Ghani Gilong dan Herman Luping, menyaksikan tertubuhnya United Pasok Momogun Kadazan Organisation (Upko) pada Mei 1964 hasil pergabungan United National Kadazan Organisation (UNKO yang ditubuhkan pada 26 Mac 1961) dan Pertubuhan Kebangsaan Pasok Momogun (Pasok Momogun yang ditubuhkan pada Januari 1962).
  3. Mereka telah menuntut, bukan satu, tetapi 20 Perkara sebagai syarat perundingan. Persekutuan Malaysia tidak mungkin wujud tanpa tandatangan Tun Fuad dan Sundang. Malah, yang mengumumkan kemerdekaan Sabah, dan kemudiannya perisytiharan Malaysia pada 16 September 1963 adalah Tun Fuad. Rumpun Pasokmomogun sudah menghayati sejarah ini. Kita bangga dengan sumbangan mereka. Hakikat ini telah menjadi pemangkin kesinambungan perjuangan Upko.
  4. Malaysia dibina melalui perundingan pelbagai kaum dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC). Di Semenanjung, mereka diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC dalam Parti Perikatan Tanah Melayu yang masing-masing membawa aspirasi kaum Melayu, Cina dan India. Di Sarawak, SNAP mewakili aspirasi kaum Dayak manakala  SUPP mewakili kaum Cina. Kita di Sabah, melalui Parti Perikatan Sabah, mempunyai UNKO, Pasok Momogun, USNO dan SCA yang mewakili kepentingan kaum Anak Negeri, Bumiputera Islam dan Cina.
  5. Penubuhan UPKO di atas semangat perpaduan masyarakat anak negeri itu turut menarik sokongan masyarakat Tionghua dan Peranakan di Sabah. Richard Yapp dan Wong Fook Siang telah bertanding di atas tiket UPKO dalam pilihanraya umum pertama Negeri Sabah pada tahun 1967.
  6. Sesungguhnya kita, Upko, telah mewakili masyarakat Tionghua dan Peranakan di Sabah sejak sekian lama dan menerima mereka sebagai rakan kongsi dalam membangunkan negara. Para pemimpin awal telah mewariskan kepada kita, intipati dan matlamat utama perjuangan UPKO, iaitu jalinan integrasi mesra dan perpaduan antara pelbagai suku kaum di Sabah. Beberapa tahun yang lalu, Upko juga telah melebarkan sayap dan menjadi wadah bagi masyarakat Orang Asli di Semenanjung.
  7. Justeru, kita amat merasa selesa bila Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak mengambil ilham daripada perpaduan di Sabah dan mempelopori  gagasan 1Malaysia.
  8. Sudah terang lagi bersuluh, asas penubuhan Malaysia adalah gagasan pelbagai kaum yang diwakili oleh parti politik masing-masing.
  9. Pengembaraan semangat perjuangan kita, sunduan kita, sudah terhantuk baru tengadah. Kesedaran jitu tercetus dan tertubuhlah Upko pada 1994 (walau ketika itu dengan nama Parti Demokratik Sabah – PDS sebelum ditransformasi menjadi Upko pada 1999).
  10. Akhirnya rumpun Pasokmomogun memiliki satu wadah untuk berada dilandasan yang betul dalam perjuangan politiknya. Catatan sejarah membuktikan semakin kukuh perpaduan politik, semakin terjamin kepentingan dan hak rakyat. Tidak hairanlah bila kita merasa kehilangan sunduan politik yang teramat sangat apabila ada di kalangan barisan kepimpinan yang meragui perpaduan ini, sekaligus menyebabkan perpecah-belahan. Kita masih merasakan kesannya hingga saat ini.
  11. Saya sebutkan semua ini kerana sejarah awal politik Sabah begitu signifikan kepada masa depan kita di bumi merdeka ini. Saya berkongsi sentimen dengan keseluruhan rakyat Sabah yang tidak henti-henti bertanya: Sejauh manakah Malaysia mencapai matlamat penubuhannya.
Saudara dan saudari yang saya hormati,
  1. Tahun ini, sudah 28 tahun penglibatan saya dalam politik. Bukan sahaja garam, malah segala yang pahit, asam, manis dan pelbagai rasa yang lain sudah berkarung-karung saya makan.
  2. Kita semua tahu bahawa, sunduan rumpun Pasokmomogun berpecah belah pada 1967. Diperingkat kebangsaan, Parti Perikatan digantikan oleh Barisan Nasional pada 1971. Perkembangan baru ketika itu menyaksikan penglibatan setiap kaum terutama dalam pelantikan ahli Majlis Jemaah Menteri di Persekutuan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berkuat-kuasa dari 1971 hingga 1990 dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) dari 1991-2000 menjadi asas halatuju Malaysia, namun terdapat beberapa kepincangan, terlimpas pandang, sebagaimana yang diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.
  3. Sebagai contoh, tiada pernyataan khusus mengenai pembangunan bumiputera Sabah dan Sarawak, sedangkan di Semenanjung, program pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat dan pemilikan ekuiti dinikmati oleh masyarakat Melayu, Cina dan India.
  4. Hakikat ini diakui oleh Tun Dr Mahathir dalam ucapan semasa kita menjemput beliau merasmikan Bengkel Rangka Rancangan Jangka Panjang ketiga (RRJP3) pada tahun 2000.
  5. Andai kita melihat dengan teliti, adalah tidak mustahil perkara ini berlaku kerana sepanjang tempoh itulah sunduan kita entah ke mana, kerana tidak ada wadah khusus untuk rumpun Pasokmomogun kita.
  6. Kita dalam Upko cukup sedar dengan keadaan itu. Kita bergabung usaha menganjurkan Bengkel RRJP3 melalui Institut Kemajuan Ekonomi Anak Negeri Sabah (INDEP) dengan kerjasama Persatuan Graduan Dayak Sarawak.
  7. Kita mendesak supaya satu program khusus untuk rakyat kita diwujudkan dalam pelaksanaan Dasar Wawasan Negara (DWN), 2001-2020. Hasilnya, kita dapat lihat dalam perakuan-perakuan RRJP3 dan Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), 2001-2005, bukan sahaja penyiasatan khusus akan dijalankan di kalangan isi rumah Sabah dan Sarawak untuk menentukan kedudukan kemiskinan, tahap pendapatan dan kualiti pendapatan di kalangan kaum-kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak seperti Kadazandusun, Bajau, Murut, Iban, Bidayuh dan Melanau, tetapi juga turut memberikan perhatian khusus dalam penyusunan semula masyarakat dan pemilikan ekuiti juga dilaksanakan untuk rakyat kita.
  8. Sebaik sahaja mengambil-alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, Dato’ Sri Najib telah mencetuskan pelbagai inisiatif untuk menambahbaik paradigma dan tadbir urus negara. Beliau mencetuskan gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dengan mengajak semua rakyat pelbagai kaum bersatu padu, saling menerima dan menghormati satu sama lain serta membina bersama negara ini.
  9. Di peringkat pentadbiran, beliau mencetuskan Program Transformasi Negara (Government Transformation Program - GTP) untuk melonjakkan sistem penyampaian negara kepada persekitaran kompeten yang mesra rakyat. Ini diikuti dengan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Program - ETP) untuk melonjakkan kompetensi dan kemapanan ekonomi negara. Kita semua tahu tujuh teras Bidang Keberhasilan Utama Negara di bawah progarm GTP, dan 12 sektor utama ekonomi negara yang akan dipacu ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi.
  10. Yang menarik perhatian saya ialah pandangan jauh Perdana Menteri yang benar-benar mahu mengotakan apa yang dia janjikan.
  11. Untuk memperkasakan pembikinan dan pemantauan pelaksanaan program transformasi, Unit Penyampaian dan Pengurusan  Prestasi (PEMANDU) diwujudkan di Jabatan Perdana Menteri. Sebagai anggota Kabinet Persekutuan, setiap Menteri menghadiri makmal-makmal khusus yang berkaitan dengan peranan Kementerian masing-masing dalam pelaksanaan program ini.
  12. Bagi memacu lagi pelaksanaannya, Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator - KPI) dirangka bagi memastikan elemen kebertangungjawaban disemai dan dilaksanakan oleh anggota pentadbiran awam. Setiap Menteri akan bertanggungjawab ke atas pelaksanaan KPI Kementerian masing-masing.
  13. Saya sudah berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri sejak tahun 1994, iaitu Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato’ Sri Najib. Sungguhpun ketiga-tiga Perdana Menteri mempunyai kredibiliti dan pendekatan masing-masing, tetapi saya amat teruja dan kagum dengan program transformasi yang diperkenal dan sedang dilaksanakan di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang ada sekarang ini.
  14. Tidak pernah sebelum ini, seorang Perdana Menteri membawa barisan Kabinetnya mengadakan retreat, berbincang berjam-jam hingga ke larut malam, setiap bulan untuk mencetuskan transformasi negara.
  15. Dato’ Sri  Najib juga memperlihatkan kepimpinan ulungnya dengan memansuhkan beberapa akta yang menjadi duri dalam daging sistem demokrasi negara selama ini. Antaranya ialah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), dan Akta Buang Negeri 1959. Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 pula dipinda.
  16. Perdana Menteri juga bersetuju untuk meminda Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej, Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, dan memperkenalkan Akta Perhimpunan Awam 2012.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
  1. Sejurus selepas Dato’ Sri Najib menjadi Perdana Menteri, saya telah meminta pertemuan khusus dengan beliau bersama-sama dengan Menteri-Menteri dari Sabah dan Sarawak yang lain. Saya mengatakan kepada beliau mengenai keperluan khusus pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahawa Kerajaan Persekutuan tidak lagi boleh terlimpas pandang keperluan khusus dan pelaksanaan program khusus untuk masyarakat kita.
  2. YAB Perdana Menteri bersetuju kepada cadangan saya, agar diwujudkan sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan seterusnya mempengerusikan sendiri Jawatankuasa yang berfungsi untuk memantau dan menilai dasar, strategi pelaksanaan pembangunan Bumiputera di Sabah dan Sarawak; memastikan sistem penyampaian yang lebih efektif dan berkesan serta menyelesaikan sebarang isu yang melibatkan dasar atau jentera Kerajaan.
  3. Perdana Menteri kemudiannya memberi mandat kepada saya untuk mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal komiti itu bagi membantu memastikan keputusan Jawatankuasa Kabinet dilaksanakan dengan berkesan; mencadangkan strategi-strategi bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam bidang-bidang yang dikenalpasti serta berperanan meningkatkan kerjasama strategik di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam hal-hal pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
  4. Di bawah Jawatankuasa ini, tumpuan khusus diberikan kepada isu penyertaan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam perkhidmatan awam persekutuan; pemberian biasiswa bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) serta pembangunan dan prestasi Mission Schools di Sabah dan Sarawak.
  5. PEMANDU telah mengadakan makmal bagi merumuskan masalah dan cadangan penyelesaian kepada isu-isu yang menjadi keprihatinan rakyat kita di Sabah dan Sarawak. Hasil dapatan makmal ini merangkumi Hak Pribumi dan Tanah Adat (Native Customary Rights - NCR); pembangunan sosial; infrastruktur luar bandar; pendidikan; ekonomi; Mahkamah Anak Negeri dan pembangunan khusus masyarakat Penan di Sarawak telah dibentangkan kepada jawatankuasa ini bagi pembikinan dasar dan keputusan.
  6. Sesungguhnya, jawatankuasa ini telah membuahkan hasil yang cukup membanggakan.  Penyertaan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam perkhidmatan awam pada tahun 2009 meningkat sehingga 6.5 peratus, sesuai dengan komposisi kaum ini di Malaysia. Bagi pemberian biasiswa, kouta sebanyak sepuluh peratus atau sebanyak 200 daripada 2,000 biasiswa luar negara dikhususkan untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak. Bagi pembangunan Mission Schools, kita telah mendapatkan peruntukan sebanyak RM100 juta dalam setiap Belanjawan tahun 2010, 2011, 2012 dan juga tahun ini.
  7. Dalam usaha memenuhi keperluan khusus masyarakat kita, peruntukan sebanyak RM100 juta dalam rolling plan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2012 disalurkan bagi pembangunan Bumiputera Sabah. Daripada jumlah ini, RM30 juta diperuntukkan untuk pembinaan sebuah Institut Mahkamah Anak Negeri di Penampang; RM30 juta lagi untuk pembinaan bangunan tersendiri Mahkamah Anak Negeri di enam daerah di seluruh Sabah; manakala RM40 juta lagi digunakan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk program pembangunan Bumiputera yang berkaitan.
  8. Di bawah isu pemilikan dan pembangunan tanah adat, Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM25 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk mengadakan parameter survey tanah-tanah adat di seluruh Sabah dan seterusnya telah mempercepatkan proses bagi pemilik-pemilik tanah mendapatkan skim-skim insentif yang berkaitan seperti penanaman komoditi, pertanian dan sebagainya.
Sidang hadirin sekalian,
  1. Izinkan saya mengetengahkan tiga lagi contoh pencapaian Upko yang patut kita banggakan. UPKO telah konsisten, sejak penubuhannya pada tahun 1994, dalam perjuangan menjaga dan mengawal hak-hak keistimewaan rumpun Pasokmomogun dan setiap warganegara yang lain di Malaysia.
  2. Dalam konteks ini, kelantangan para pemimpin UPKO tidak dapat dinafikan dalam menyuarakan keprihatinan terhadap isu pendatang asing tanpa izin di Sabah. Setiap kongres dan konvensyen parti sejak dari awal lagi pasti menyaksikan keberanian para perwakilan dan kepimpinan tertinggi Upko mendesak pihak yang berkuasa untuk memberikan penyelesaian tuntas kepada permasalahan ini.
  3. Malah, dalam kongres dan konvensyen Upko dari tahun 2007 sehingga 2011, kita telah membuat resolusi kewarganegaraan yakni supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing tanpa izin (Royal Commission of Inquiry – RCI) ditubuhkan. Akhirnya ia menjadi kenyataan pada 8 Februari 2012 dan kini sedang dalam proses pendengaran.
  4. Keputusan Kerajaan untuk menubuhkan RCI telah mengembirakan kita semua. Kita telah berputih tulang untuk penyelesaian ini. Betul, kawan-kawan komponen kita juga telah melakukan yang terbaik dalam hal ini. Tetapi bagi saya secara peribadi, ia adalah kemuncak pencapaian saya sebagai seorang Ahli Parlimen dan pemimpin parti. Saya menyertai kancah politik ketika isu ini di fasa terakhir dekad kedua. Ketika itu, perkara ini pantang dipercakapkan dan tidak ada Perdana Menteri yang mahu menanganinya.
  5. Saya telah memohon supaya diberikan tempoh untuk membuat pembentangan dalam RCI. Bagi pihak Upko, saya telah meminta satu kajian dibuat mengenai apa yang patut parti bentangkan kepada RCI. Penyelidikan ini sudah hampir siap.
  6. Sidang hadirin sekalian, pada saat ini, saya menghimbau semua ahli parti untuk menghargai YAB Dato’ Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia kerana kesanggupannya untuk menangani isu yang sulit ini, taking the bull by its horns, membenarkan penubuhan RCI. Dia telah mendengar rayuan kita mengenai hal ini dan dia sudah pun menjawabnya.
  7. Kita berdoa agar Suruhanjaya itu dapat melaksanakan keadilan kepada tindakan berani  Perdana Menteri dan Parlimen. Saya sedar ada pihak yang tidak senang dengan testimoni yang dilafazkan semasa pendengaran dan ada juga yang mengkritik hangat Suruhanjaya ini. Tetapi pada masa yang sama, ramai yang lain menghargai usaha RCI yang membolehkan kebenaran didedahkan dan mereka faham bahawa Kerajaan yang ada sekarang mewarisi masalah ini. Ini adalah satu alasan kukuh untuk menyokong pemerintah yang memungkinkan pendedahan ini dan seterusnya mencari penyelesaian tuntas.
Hadirin persidangan sekalian,
  1. Terus terang saya katakan, selama ini, antara yang selalu menghantui fikiran saya ialah soalan mengapa sunduan politik kita masih porak poranda. Lebih-lebih lagi bila pilihanraya umum menjelang tiba. Banyak kecenderungan menubuhkan parti politik baru, memilih menidakkan pencapaian Kerajaan semasa, kononnya atas keinginan untuk berubah.
  2. Saya tertanya-tanya kenapa perpaduan politik begitu sukar diwujudkan di Sabah. Kalau diamati, matlamat kita sebenarnya sama, iaitu memastikan hak dan kepentingan rakyat kita terus terjamin supaya setiap kita, sama seperti bangsa lain, mempunyai tempat yang sewajarnya di bawah sinar mentari Malaysia.
  3. Dua tiga bulan yang lalu, saya merasa amat gembira melihat untuk julung kalinya, satu  usaha secara rasmi telah menjadi realiti yang melibatkan tiga parti yang berasaskan rumpun Pasokmomogun yakni, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Upko.
  4. Ketiga-tiga Setiausaha Agung parti ini mengorbankan masa dan tenaga untuk menganalisa, mengupas serta merumuskan isu-isu perpaduan terutama ketika kita memasuki fasa akhir sebelum pilihanraya umum kelak.
  5. Cadangan-cadangan yang dikemukakan hasil perbincangan mereka ini telah disampaikan dan diterima dengan tangan terbuka oleh ketiga-tiga Presiden dan masyarakat kita. Sukacita saya laporkan di sini bahawa kami telah bersama-sama mengusahakan sekaligus menyerahkan peralatan bernilai RM4.5juta untuk gereja-gereja di Sabah pada 19 Feb yang lalu dalam apa yang kita panggil Operasi Tataba Bantuan Gereja. Kita juga sudah menjayakan Operasi Tataba tanaman komoditi yakni bantuan benih getah untuk pekebun kecil.
Saudara perserta konvensyen sekalian,
  1. Salah satu lagi komitmen kita dalam Upko ialah agar prinsip pertama dalam Rukun Negara, yakni, Kepercayaan Kepada Tuhan diimplementasikan sepenuhnya. Penggunaan kalimah Allah berbangkit semula baru-baru ini.
  2. Sebenarnya ini bukan lagi satu isu di Sabah. Pada tahun 2011, Kabinet Persekutuan telah bersetuju kepada cadangan untuk membenarkan Alkitab diimport dari Indonesia dimana istilah Allah bebas digunakan. Sehinggga kini, tidak ada laporan bahawa terdapat larangan mengimport dan penggunaan kitab ini.
  3. Kita sedia maklum, gereja yang beribadat menggunakan Bahasa Malaysia adalah bebas menggunakan istilah itu dan tidak ada kuasa di dunia yang boleh memberhentikan sesiapapun juga untuk menggunakannya.
  4. DAP cuba untuk mengujudkan polemik politik apabila membangkitkan semula isu ini akhir tahun lalu. Tetapi tindakan mereka ternyata memakan diri sendiri kerana PAS akhirnya telah menunjukkan tembelangnya yang sebenar. PAS tidak mahu berkompromi dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana PAS sememangnya merupakan sebuah parti politik yang memperjuangkan pelaksanaan Undang-Undang Hudud. Kempen PAS ini sebenarnya telahpun berjaya dimulakan di Kelantan pada tahun 1993, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana tidak ada perkenan Parlimen.  
  5. Negara ini ditubuhkan berasaskan kepada undang-undang sekular dan pada pandangan saya,  negara ini mungkin tidak dapat diwujudkan sekiranya diperakukan ketika itu bahwa ia akan menjadi Kerajaan Islam (Islamic State). Setiap kita dalam Upko wajib mempertahankan nawaitu perlembagaan yang sedia ada. Negara kita wujud berlandaskan demokrasi berparlimen, Raja berperlembagaan.
  6. Dalam konteks ini, Upko juga bersyukur kerana usaha kita dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dalam BN berhasil apabila Dato’ Sri Najib bersetuju dengan gesaan kita agar 16 September setiap tahun diiktiraf sebagai Hari Malaysia, manakala 31 Ogos adalah Hari Kemerdekaan. Penghargaan sedemikian, bermula tahun 2010 amat bermakna bagi Upko kerana ia adalah titik mula perjalanan sebuah negara yang kini semakin menghampiri Wawasan 2020 yang terbilang.
  7. Selain daripada semua itu, dalam 50 tahun yang lalu, Upko telah cukup vokal, turut serta dalam kehidupan seharian negeri dan Negara, antaranya dalam:
    1. Penubuhan Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF)
    2. Pelaksanaan Bahasa Kadazandusun dan Murut dalam system pendidikan Negara
    3. Penubuhan Persatuan Pendidik Bahasa Kadazandusun (Pekadus)
    4. Penubuhan Kerusi Pengajian Bahasa Kadazandusun di Universiti Malaysia Sabah
    5. Penginstitusian sistem sosial masyarakat Kadazandusun Murut
    6. Pendirian mengenai projek paip gas Petronas dari Kimanis, Sabah ke Bintulu, Sarawak
    7. Pendirian mengenai cadangan pemindahan setinggan haram dari Sri Tanjung ke Kampung Maang, Penampang
    8. Pendirian mengenai pemilikan Tanah Adat dan tanah Anak Negeri
    9. Pendirian mengenai Sijil Anak Negeri Sabah.
Sidang hadirin sekalian,
  1. KPI kita sebagai sebuah parti, dan dalam pembangunan negara bangsa sejak 50 tahun yang lalu, amat memberangsangkan. Namun perjuangan kita masih belum selesai. Perjalanan kita sebagai peneraju rumpun Pasokmomogun masih panjang, diranjau penuh onak duri lagi sempit. Halatuju kita cukup jelas. Antara agenda kita seterusnya ialah:
a.    Pengukuhan representasi wilayah dan kaum dalam Parlimen Malaysia dan Proses Pilihanraya;
b.    Penyertaan seimbang dalam pentadbiran dan pembangunan negara;
c.    Pemantapan perkongsian kuasa Barisan Nasional di peringkat Nasional dan Negeri;
d.    Penambahbaikan keselamatan negara, kewarganegaraan dan imigresen;
e.    Pembangunan dan perkongsian sumber gas dan minyak;
f.     Pendidikan keagamaan dan kebebasan beragama;
g.    Pembangunan hal-ehwal Tanah Adat dan Tanah Anak Negeri;
h.    Pemartabatan institusi Mahkamah Anak Negeri dan Undang-Undang Anak Negeri; dan
i.      Penginstitusian sistem sosial masyarakat Kadazandusun Murut, suku bangsa Pasokmomogun dan masyarakat Orang Asli.
56. Isu-isu ini merupakan keprihatinan utama masyarakat kita dan perjuangan Upko sejak semula. Kita akan memastikan pembangunan infrastruktur, ekonomi, sosial, pendidikan dan perkhidmatan awam diberi lebih keutamaan.
57. Kita mahu memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa terdapat keperluan khusus, lebih daripada keperluan bersama, yang kita akan perjuangkan di dalam parti ini. Fokus berterusan kita ini bukan sekadar pelengkap kepada Manifesto Barisan Nasional kelak, tetapi sebagai jaminan perjuangan perlindungan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan komitmen peranan bersama semua kaum dalam proses pembangunan negara bangsa.
  1. UPKO, PBS dan PBRS juga sudah bersetuju dan sudahpun memulakan satu kajian bersama serta menyeluruh mengenai keperluan rakyat kita dalam pelbagai aspek. Saya percaya Kadazandusun Murut Blueprint itu nanti, yang merupakan sebahagian daripada Operasi Tataba, bakal memacu masyarakat kita untuk lebih maju dan progresif.
59. Sebelum saya mengundur diri, saya menghargai ahli-ahli parti yang prihatin terhadap insiden di Kg. Tandou, Lahad Datu. Saya tidak berniat untuk membuat ulasan panjang mengenai pekara ini kerana saya tahu pihak berkuasa sedang berhadapan dengan situasi yang cukup runcing. Walaupun kita bersetuju bahawa setiap tindakan itu mesti mengambil kira semua aspek, kita juga tidak boleh lupa bahawa undang-undang negara kita mesti dikuatkuasakan dan keluhuran negara dipertahankan. Untuk saat ini, saya fikir itu sahajalah yang saya ingin katakan dan saya berharap kita semua berhati-hati dan tidak termakan oleh pelbagai khabar angin mengenai perkara ini.
Sidang hadirin sekalian,
60. Perjalanan kita untuk 50 tahun akan datang bakal bermula tidak lama lagi bila Dato’ Sri Najib membubarkan Parlimen sekaligus memungkinkan Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan.
  1. Dalam Konvensyen Nasional Upko 2009, kita memberikan komitmen kepada Dato’ Sri Najib yang hadir pada ketika itu, bahawa kita Upko, we are with you in the arena.
  2. Ikrar kita itu kini terbukti memang kena pada tempatnya. Perdana Menteri kita ini mendengar rintihan kita, menjawab permintaan kita, malah sanggup berakit ke hulu, berenang ke tepian, mengharungi ombak setinggi gunung mengorak negara ke hadapan dan menjadi terbilang. Mari memenangkan setiap calon Upko dan Barisan Nasional.
63. Baik buruknya hari esok rumpun Pasokmomogun terletak dalam tangan kita. Upko sudah terbukti berjaya dalam perjuangan selama ini. Upko ada fokus, mahu menggapai matlamat masyarakat kita. Keberanian kita sudah terserlah, dan hari-hari mendatang bakal melihat sunduan kita sudah pulih dan mampu mencecah langit. Lima puluh tahun akan datang, kita akan tersenyum di mana pun jua kita berada kerana rumpun Pasokmomogun akan melihat semua ini menjadi kenyataan kerana keikhlasan yang bersalutkan doa dan air mata keinsafan.
Sekian. Selamat bersidang.

DOMPOK ON GE13

YES, I know. Most of us have almost 'given up'. Many were prepared for the GE13 last year. And its still not held. But, putting on the cap as the Prime Minister in this great country of ours, I cannot but appreciate how difficult it is to call for a GE. Thus I concur with what my boss said here. Selamat tunggu tunggu....

Penampang, 25 Feb 2013: Upko President cum Penampang MP Tan Sri Bernard Dompok said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak must take into account the observance of Good Friday, Easter and the Qing Ming Festival before announcing the dates for the 13th General Election.
He said this when asked on Upko's election preparation.
"These are the events that the Prime Minister would want to look at (before he dissolves Parliament)," he told reporters after attending a press conference with JCI Penampang at Upko headquarters in Donggongon, Monday.
The election, he said, simply can't be held during Good Friday and Easter because Catholics in Sabah and throughout Malaysia observe these days.
Nevertheless, Upko is prepared for the election, speculated to be held at any time soon. "We have been gearing for the election and our election machinery is able to roll off anytime," he said.
When asked if the election would be held in March, he declined to speculate, saying it is the Prime Minister's prerogative.
But he stressed that the sensitivities of some of the electorates must be taken into account.
Good Friday falls on March 29 and Easter on March 31, while the Chinese grave-cleaning custom of Qing Ming falls on April 4.
However, many Chinese families will choose their ancestral grave cleaning rituals over the weekend of April 6 and 7.
Many Chinese travel back to their hometown to do this and polling on this weekend would prove to be unpopular.
Speculations as to when the general election will be held have been circulating for quite sometime.
Some predicted that it would be held end of March or early April.
There were also predictions that Parliament will be dissolved within 60 days after the five-year term ends on March 8.
However, the most likely date for the 13th General Election is expected by the second week of April, a month after Najib ends his "Janji Ditepati" (Promises Fulfilled) national tour and his Barisan Nasional (BN) completes its candidates list and manifesto. - Daily Express